header
Kerjaya Pramugariebook pramugari pramugaraKursus pramugari pramugaraTemudugamakeupHubungi
.BIMBINGAN UNTUK BAKAL PRAMUGARI DAN PRAMUGARA

APA SEBENARNYA eBOOK INI?

Mari kita lihat sekali imbas kandungan dan modul yang terdapat dalam ebook ini.
Terdapat 9 bab kesemuanya

BAB 1 -KREW KABIN

Bab ini menerangkan secara jelas peranan, tanggungjawap, kelebihan dan manafaat-manafaat yang bakal anda nikmati sebagai seorang Krew Kabin. Selain dari itu kami juga membekalkan senarai-senarai Syarikat Penerbangan dalam dan luar negara yang berpotensi untuk disertai beserta dengan syarat-syarat calon yang ditetapkan.

BAB 2 - SEJARAH PENERBANGAN
Bab ini menggetengahkan evolusi pesawat-pesawat dan Krew Kabin. Ia akan memberikan gambaran awal dunia penerbangan secara keseluruhannya. Ia adalah satu pengetahuan yang akan menjadikan anda antara calon yang terbaik dan berpotensi.

BAB 3 - PENGETAHUAN AM
Kami menghuraikan secara terperinci tentang dunia penerbangan secara umumnya. Ia bermula dari mengenali badan-badan pengawalseliaan seperti IATA, ICAO, DCA, AAPA dan sebagainya sehingga proses yang dilalui oleh setiap penumpang apabila menggunakan khidmat penerbangan. Fakta-fakta yang ditonjolkan adalah dari kacamata sebuah Syarikat Penerbangan. Diari dan jadual Krew Kabin juga ada diselitkan dalam bab ini.

BAB 4 - PENERBANGAN
Bab ini akan menerangkan dengan lebih jelas perihal penerbangan dengan lebih dekat. Ia dimulakan dengan pengenalan kepada keadaan pesawat luar dan dalam, jenis-jenis pesawat dan alat-alat yang terdapat di dalamnya, perbezaan waktu dunia dan pengiraan waktu penerbangan, kesan angin terhadap penerbangan, teori penerbangan, singkatan-singkatan dan bahasa yang digunakan dalam dunia penerbangan dan berbagai-bagai lagi.

BAB 5 - PERKHIDMATAN DALAM PENERBANGAN
Perkhidmatan dalam penerbangan atau 'Inflight Service' adalah perkhidmatan yang diberikan oleh Krew Kabin semasa penerbangan.  Bab ini akan membawa anda lebih dekat tentang perkhidmatan yang diberikan. Anda juga akan dibawa meneroka bagaimana proses-proses penyediaan pra-berlepas (pre-departure) hingga ke susunan penyajian makanan semasa di udara.

BAB 6 - KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
Ini adalah antara topik yang paling penting dalam kehidupan seharian seorang Krew Kabin semasa bertugas. Topik ini akan menerangkan tentang tanggungjawap-tanggungjawap Krew Kabin dalam memastikan keselamatan penumpang dan pesawat, kecemasan-kecemasan yang berkemungkinan terjadi dan sebagainya. Penjelasan tentang sijil kelayakan 'lesen terbang'  dan topik-topik ujian lengkap sedia untuk anda terokai.

BAB 7 -  PERWATAKAN DAN PENAMPILAN
Bab ini menggenengahkan bagaimana seseorang Krew Kabin itu membawa dan menghasilkan impak. Penerangan yang akan menambahkan skil berkomunikasi anda secara lebih efektif dengan sesiapa sahaja termasuk para penumpang. Kami juga ada menekankan cara-cara membaca Bahasa Tubuh atau "Body Langguage" beserta penerangan mengenainya. Ia penting bagi calon-calon yang bakal menghadiri temuduga.

BAB 8 - TEMUDUGA
Inilah antara bab yang ditunggu-tunggu. Kami akan dedahkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan. Apabila anda telah besedia dengan pengalaman dari buku ini, tiba masanya saya menyingkap RAHSIA ketika menghadiri temuduga. Kami akan dedahkan bagaimana membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal bagi membolehkan anda ditemuduga dengan hati yang tenang  dan terbuka. Dan yang paling penting, kami akan tunjukkankan apa sebenarnya yang dicari oleh penemuduga-penemuduga.

BAB 9 - AKU SEORANG ANAK KAPAL KABIN PENERBANGAN
Kami akan berkongsi pengalaman sebagai seorang Krew Kabin dalam mengharungi kehidupan setelah bergelar Pramugari dan Pramugara. Kami akan tunjukkan bagaimana untuk membentuk personaliti yang baik. Nasihat-nasihat berguna ini hanya akan lahir dari seorang yang telah berpengalaman dalam bidang ini. Nasihat yang boleh anda ikuti dan teladani. Inilah nasihat pahit manis dan buruk baik sebagai seorang Anak Kapal Kabin. Segala yang ingin anda ketahui ada terdapat dalam bab ini.
undur laman utama  depan

KP
BIMBINGAN DAN PERSEDIAAN KE GERBANG TEMUDUGA

BAYAR DAN HANTAR
NAMA :
EMAIL :
NO. TELEFON :
CARA BAYARAN :
CATATAN :
(Jika ada)

Click here to put a form like this on your site.
Buat pembayaran menerusi akaun ini dan hantar pesanan.

maybank
Nama : Ali Nafiah Mohammad
No. Akaun : 1640 1708 2689
Harga eBook : RM 50.00

Untuk mempercepatkan lagi proses penghantaran 'LINK', sila 'snapshot' gambar slip bank dan hantar melalui perisian 'whatsapp' ke 012-3431406.


HakCipta Terpelihara @ KerjayaPramugari.com 2016
PAUTAN  LAMAN KAMI

LAMAN UTAMA KERJAYA PRAMUGARI
SKYTALK
OLIVE ACADEMY
BLOG DAN AKTIVITI  SKYTALK







PAUTAN SYARIKAT PENERBANGAN

MALAYSIA AIRLINES
AIR ASIA
FIREFLYZ
MASWINGS
SINGAPORE AIRLINES
RAYANI AIR
QATAR AIRWAYS
EMIRATES AIRLINES
MALINDO AIR
ETIHAD AIRWAYS
ANM
ANM SKY RESOURCES 
NO. 592, TKT 1, TAMAN MULIA,
71700, MANTIN, N.SEMBILAN,
MALAYSIA (002376600-P)