header
Kerjaya Pramugariebook pramugari pramugaraKursus pramugari pramugaraTemudugamakeupHubungi
.BIMBINGAN UNTUK BAKAL PRAMUGARI DAN PRAMUGARA

Logo-logo Syarikat Penerbangan
logo



anm
ANM Sky Resources (002376600-P)
No 592, Tingkat 1,
Taman Mulia, Pajam,
71700, Mantin,
Negeri Sembilan
Tel : 0193772000
Web : www.kerjayapramugari.com
Email : admin@kerjayapramugari.com

.

KerjayaPramugari.com telah ditubuhkan pada awal 2010. Bermula dengan penghasilan beberapa  beberapa buah ebook berupa panduan, syarikat telah mengorak langkah ke hadapan dengan menganjurkan program-program berunsur pendidikan bagi membantu calon-calon yang akan menghadiri temuduga sebagai Pramugari dan Pramugara.

Diterajui oleh beberapa tenaga mahir dalam bidang masing-masing, syarikat telah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan bersedia untuk diserapkan sebagai Anak Kapal Kabin Penerbangan.

Disamping memberikan bimbingan yang terbaik, syarikat juga memberikan fokus  bagi memberi jaminan terhadap mutu dan kualiti pembelajaran.


SKYTALK - DARI MEJA PENGASAS
Salam sejahtera,

Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya, nama saya Ali Nafiah. Saya adalah pengasas laman web www.kerjayapramugari .com dan seorang anak kapal kabin selama hampir 19 tahun. Sejak laman web tersebut boleh dilawati pada 2010, ia menerima purata 200 ke 1000 pengunjung sehari dengan rata-rata mereka yang ingin mencari informasi tentang kerjaya sebagai Pramugari dan Pramugara.

Antara  produk utama laman tersebut ialah ebook Panduan Kerjaya Pramugari dan Pramugara. Sejak dilancarkan, ia telah melahirkan ramai Krew Kabin (Pramugari dan Pramugara) yang kini telah berjaya terbang di awan biru.

Disamping ebook, laman web saya itu juga berperanan menyalurkan informasi-informasi semasa tentang sebarang pengambilan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang berpengkalan di  Malaysia kepada mereka yang telah mendaftar, termasuk anda.

Sejak kebelakangan ini, saya menerima beberapa cadangan untuk saya mengadakan kursus pendek bagi memberikan impak yang lebih berkesan. Saya menerima cadangan tersebut dan berusaha untuk merealisasikannya. Saya dengan dibantu beberapa tenaga pengajar dan pengurusan telah berjaya mengujudkan kursus tersebut.

Memandangkan saya tidak mampu untuk menyediakan khidmat ini kepada semua, jumlah peserta terpaksa saya hadkan dalam satu-satu sesi.

Jika anda benar-benar berminat menyertai kerjaya yang berstatus tinggi ini, korbankan sedikit masa menghadiri kursus SkyTalk X. Ia merupakan antara kursus yang paling singkat, paling relevan dan paling murah. Hanya bagi membantu anda.

Bertindak sekarang. Jika anda mengalami sebarang masalah atau bantuan, hubungi saya melalui email disini.

Terima kasih sekali lagi dan berharap dapat membantu anda.

Ali Nafiah

HakCipta Terpelihara @ KerjayaPramugari.com 2016